Saturday, 30 July 2011

Dua orang kanak-kanak...

Bagai dua orang kanak-kanak sedang bermain... adakalanya berkongsi mainan, adakalanya berebut-rebut pula.  Sehingga bergaduh sesama sendiri.   

Bagai dua orang kanak-kanak yang sering berkongsi gula-gula... sesekali tidak puas hati juga, kerana merasakan seorangnya mengambil lebih dari yang sepatutnya.  

Namun, apabila salah seorangnya tiada.. .untuk bermain bersama, untuk berkongsi gula-gula .... tercari-cari pula.  Kerana berebut-rebut itu, bergaduh itu... ada kemanisannya tersendiri... yang hanya dapat disedari apabila salah seorangnya tiada...walaupun untuk seketika.

Yang melihat, tentu tidak mengerti... ibarat dua orang kanak-kanak yang antaranya terjalin satu ikatan, rahmat dari Allah yang menjadikan makhluknya hidup berpasang-pasangan.

0 comments: